Saturday 12 November 2011

{Cinta Gila Kita} Bab2

 BAB 2:

"Bangun!!! Sembahyang subuh! Anak dara tak elok bangun lewat ....."suara Puan Zuridah bergema satu rumah."Aisyemen,ibu nih kacau betul orang baru aje nak kiss Bi Rain."bebelku dalam keadaan yang masih mamai...Tanpa menghiraukan ibu aku terus bumm!! Sambung tido yang tadi terganggu. Ish kalau mak mentua nampak tengok sah-sah masuk CCU akibat sakit jantung.

        "Hana Humaira! Bangun ibu cakap!" Aduh,big mama dah mengamuk lar.. Kelam-kabut aku mencapai towel dan segera ke bilik air.Aku segera menunaikan kewajipan aku sebegai umat Islam walaupun eksiden sedikit.

      "Aik,asal ibu still ada kat bilik aku nih? Ah sudah,ini mesti kena 'ceramah' lagi aku pagi nih"hati Hana berbisik nakal apabila ternampak Puan Zuridah duduk disofa yang tersedia di dalam biliknya.
         "Assalammualaikum and  good morning ibu."Sapaku dengan senyuman yang tersangat manis kepada ibu terchenta.Jangan sampai diabetes sudah..He he he.

Puan Zuridah tersenyum melihat keletah anak perempuannya yang seorang itu."Mai duduk sini kejap."Suruh Puan Zuridah sambil memepuk ruang kosong disebelahnya.

    "Kenapa adik bangun lambat?"Ah,sudah ibu dah bermukadimah,pasni sure aku dengar 'kuliah subuh' dari ibu.

"Subuh nih pendek,masanya tak panjang macam waktu-waktu solat yang lain.Kalau dak lepas pukul 7.00 sampai 7.30 tu dah dikira sebaga waktu syuruk.Waktu syuruk tu waktu matahari baru nak naik ke langit,kita diharamkan sembahyang tak kira apa jenis sembahyang sekalipun samaada solat fardhu atau solat sunat kerana tanduk syaitan ada ditengah-tengah matahari."Ibu memang terbaeek dalam bab-bab kuliah subuh ni Hana bermonolog."Sebab tu junjungan kita Nabi Muhammad SAW mengharamkan umatnya sembahyang pada waktu syuruk sebab ia seakan-akan menyerupai orang yang menyembah matahari"Sambung ibu lagi.

Mungkin kerana geram melihat aku hanya diam tanpa bersuara ibu mencubit kuat pipku.Auch!! Sakit kot! "Adik dengar tak apa yang ibu cakap ni? Diam aje."Soal ibu sambil mengusap perlahan pipi aku yang bagai udang kena BBQ dek kerana cubitan tadi.Hurmm,kasih ibu memang tiada tandingan.

"Orang dengar lar ibu"Jawabku sambil memeluk bahu ibu"tapi orang saje je buat-buat tak dengar"Tambah aku slumber.

Tergeleng kepala Puan Zuridah dengan kelakuan anak gadisnya yang sorang ini."Dah lar,jom turun breakfast,abah mesti tengah tunggu tu."

~~~~

"Selamat pagi abah!"Ucapku sambil mencium pipi kanan abah yang sedang membaca Metro Ahad.
"Hmm,pagi."Pendek abah membalas.Abah memang begitu asyik serius aje memanjang,tapi abah tetap best in the world. 
"Takde kelas ka hari ni?"soal abah sambil memandang anaknya yang sedang 'menyumbat' roti bakar seolah-olah sudah tidak makan berbulan-bulan.
"Cumil jugak anak aku ni"Puji Encik Amrizal dalam hati..Hah,tengok baka lar kawan! 

"Abah..Harini kan hari ahad,mane adakelas."Aku menjawap pertanyaan abah sambil menyuap roti bakar yang ke-6 keping. Encik Amrizal hanya mampu menggeleng kepala melihat cara Hana menjawab soalannya.
Sumbat selagi boleh sumbat.Hana terus menjalankan misinya iaitu suap,suap dan terus suap tanpa menoleh kiri kanan lagi.Haih,kalau tak tercekik saja sangat.


~~~~~~~~


"Tunggu la aku!" Aufal Ameen tercungap-cungap. "Dia ni nak berjoging ke nak buat larian 1Malaysia"Hati Aufal Ameen mengomel tak henti.

"Ha ha ha! Kelakar kau nih Aufal,baru joging sikit dah semput."Kuat suara Iskandar mempersenda sahabat baiknya."Dah macam labi-labi tak cukup air aku tengok kau."Tambah Iskandar bersahaja,kemudian duduk dibangku yang disediakan..Ahh,selesanya.

"Nah!ambik ni,labi-labi kau cakap aku."Aufal membaling tuala yang diguna untuk mengelap peluh tadi kepada Iskandar "Aku yang punya ensem,kacak lagi macho kau kata labi-labi.Tak patut sangat-sangat!" Iskandar Haqiem hanya tersengih. 
Ish muka kawan aku ni bila smile memang 'kiut',nasib kau baik Iskandar sebab kawan kau ni 'straight' aje kalau tak,tak dapat den nak tolong..Hahaha Aufal Ameen berfikir nakal.

"Jom hang out nak tak malam nih?" Ajak Aufal Ameen 5minit kemudian.

"Kat mana?" soalan berbalas soalan.. Ini sah-sah Bahasa Melayu time SPM dulu hancus.Orang bagi soalan dia jawab dengan soalan balik.

"Tempat biasa."Jawab Aufal bersemangat.

"Ok,kau ambik aku kat rumah pukul 8.30.Aku malas nak drive."Iskandar menyatakan persetujuan.

{Cinta Gila Kita} Bab1

BAB: 1

"Hah  makan  budak!!!"  sergahku  pada  Puteri  Balkis  yang  sedang  duduk  di  cafe. "Aik, tak  'terkezut'  pun  minah  nih, musykil  betul.  Desis  hatiku.

"Ala  kau  ni  Hana, tak  habis-habis  nak  sergah  aku, buang  masa  kau  jer, he  he." Tergeleng-geleng  kepala  Puteri  Balkis  melihat  sekilas  reaksi  sahabat  baiknya  itu kemudian memandang orang ramai yang berada di cafe untuk makan tengah hari.

Siapa yang tidak kenal dengan Hana Humaira Amrizal. Boleh dikatakan hampir satu kolej kenal dengan gadis ini. Perangainya yang seakan-akan Akashah dalam cerita Lagenda Budak Setan menjadikan dia terkenal tapi Si Hana ni baik sikit kut dari Akashah.. He he he

"Hoi! Kau dengar tak apa yang aku 'bebel' ni,ish kau nih Balkis,aku punya lar bercerita pot-pet,pot-pet tapi kau boleh berangan pula"Kata aku sambil menyiku lengan Puteri Balkis.

Puteri Balkis yang tersedar akan kesilapannya itu hanya tersengih.Senyuman aku memang cun habis.Erk! Perasan betul. 

"kau ni kan Balkis,tak faham aku.Tempat yang gila punya bising ni pun kau boleh mengelamun" Ujarku
"kau ada masalah problem ke?"Soalku prihatin. Aik? Apa punya ayat yang aku guna ni? Sah-sah BM fail plus hancus punah.. He he he.

"Tak lar,mana ada pape(apa-apa) pun"balas Puteri Balkis dengan muka sekupangnya.

"ok kalau macam tu,jom!!" ajakku sambil mengheret lengan cekeding(kurus) Puteri Balkis."Ish pahal lar dengan kawan aku sorang ni?" desis hati Puteri Balkis.

"Dah-dah,tak payah buat muka blur kau tuh,aku nak ajak kau teman aku pergi satu tempat"bidasku pada minah a.k.a BFF aku yang tengah blur disebelahku ini.

"Redha je lar aku dapat kawan macam kau Hana,kalau jadi pape dekat aku nanti pandai-pandai lar kau bersoal jawab dengan Dato Hussain dan Datin Hasnah a.k.a parents aku."ujar Puteri Balkis yang bagai lembu dicucuk hidung hanya mengikut langkah 'tuan'nya tanpa banyak songeh.

"Woi,kau ni Hana Humaira! Yang kau pergi 'stop' tak tentu pasal awat(kenapa)?" Geram kut Si Balkis dengan perangai Hana yang sesuka hati dia 'stop' tak tentu pasal.

"He he,sorry"ujarku sambil tersengih menayang gigi yang bershining umpama kumpulan SHINEE dari Korea.Lar tak habis-habis perasan minah ni.
Dua orang budak lelaki yang kebetulan berada di 'tempat kejadian' hanya tersenyum kambing melihat kelakuan aku."Aik,tengok aku sampai macam tu kompem(comfirm) senyuman aku ni cantik menarik tertarik aku memang debomm! Alamak! Penyakit perasan Hana ni datang balik la.

"Hurm,dah la jom."Puteri Balkis mengambil 'jalan' mudah untuk menyedarkan sahabatnya yang mula perasan.
"Cis,macam aku tak tau kau ni,pantang orang tengok sikit mula la kau perasan"Dalam hati Puteri Balkis mengutuk sahabatnya. Apa punya kawan entah.




                                                              

Bukk!! "Atoi! Tak terkeluar suara aku mahal aku dek kerana terlalu sakit."Hamba Allah mana lar yang tetiba langgar aku ni" Mai aku usya sikit muka kau.Wah! Subhanallah! Indahnya ciptaan-Mu Ya Rabbi. Tinggi,kacak,macho,putih kemerah-merahan."Aik macam nama aku pula Humaira yang bermaksud putih kemerah-merahan." Sempat lagi Hana mencari persamaan wajah lelaki itu dengan namanya.
Tapikan Mr.Rain aku lagi macho.. He he he

Hana Humaira! Wake up! Apa yang kau merepek ni,mamat ni dah langgar kau tapi kau pergi puji dia melangit tuh apesal?

"Kau ni buta ke hape?"Nah,dah keluar suara mahal aku.Puteri Balkis yang terpaku one menet(minit) segera menghulurkan tangannya untuk membantu aku yang sesedap rasa 'landing' atas lantai.

"Eh,asal aku pula yang salah?Kau tu yang jalan tak tengok depan,aku yang buta atau mata kau yang rabun cap ayam?!" Tempik Iskandar.Geram betul dia dengan minah didepannya ini.Mencerlung matanya melihat Hana Humaira yang hanya separas bahunya itu.

'Aik,cumil la muka dia' hati Iskandar dalam dian memuji gadis di hadapannya tapi garang nak mampus macam singa betina yang kebuluran. Pulok(pula),tadi memuji sekarang mengutuk. Haih,donia-donia(dunia-dunia).

"Kau!" tenggelam timbul suara aku dek kerana teramat 'hot' dengan mamat sengal ini.
"Alar,Hana sudah la tu.Dia bukan sengaja pun"cepat-cepat Puteri Balkis bertindak sebagai penyelamat.

"A'ah la Is sudah lar,dengan perempuan pun kau nak bertekak ke?Dah-dah,malu orang tengok"celah Muhammad Aufal Ameen secara tiba-tiba untuk menenangkan kawannya.

Aik,masa bila pula mamat sorang lagi ni muncul?? Tetiba aje ada kat sini.. Ah! lantak lar apa yang aku kisah bila dia muncul. Ish perempuan sorang ni.dia yang tanya dia jugak yang jawap. Hana Hana.....

"Lain kali kalau dah tahu yang kau tu 'buta' jangan pakai menda alah ni(ray ban),tak pasal-pasal orang yang tak berdosa jadi mangsa kau!" Merah padam muka mangkuk tingkat cap ayam tu kena 'sound' dengan aku.. Ha ha ha padan muka,kau ingat aku senang-senang je nak 'lepaskan' kau. Sorry lar 'brader' ini Hana Humaira anak Cikgu Amrizal tau. Pantang kalah sebelum ajal. Merepek betul Hana ni..

"Huh gila!" Iskandar segera beredar dari situ dengan hati yang bengang





"Lar kau cakap nak aku teman pergi tempat yang best lar ape lar,tapi kau bawak aku lepak kat sini awat?"hairan Puteri Balkis dengan angin kawannya yang seorang ni.

"Huh,malas lar aku.Dah takde mood.Sakit buntut sebab jatuh tadi pun tak surut lagi taw!" balas aku dengan slumber sambil menikmati Mocha yang menjadi kegilaan aku sejak dulu lagi... Ahh.sedapnye....

"cakap sakit tapi tangan kau tu senang je suap Mocha dalam mulut"perli Puteri Balkis.

Tanpa menghiraukan sindiran Puteri Balkis,Hana terus menikmati Mocha kesukaannya.Terpejam matanya apabila Mocha yang enak berada di dalam mulut.Menghayati lar konon.Over betul minah ni.

"Bertuah kau terlanngar Iskandar tadi" takde angin,takde ribut tiba-tiba Puteri Balkis kata begitu.Hape kes?
"Pardon" aku membuat muka keliru dengan kenyataan yang dibuat Puteri Balkis sebentar tadi.

"Yela,suma(semua) girls kat kolej kita tergila-gila dekat si Iskandar tu tapi dia 'bolayan' aje.Dengan kau siap 'bersentuhan' lagi"sengaja Puteri Balkis menekan perkataan 'bersentuhan' itu.

Hampir tersembur Mocha yang ada dalam mulut bila Puteri Balkis menyebut perkataan 'bersentuhan' itu.
"Eei,please lar wahai kawanku Puteri Balkis Dato Hussain.Kau ingat aku happy ke dengan 'sentuhan' tadi tu...sikit pun tak.Okey?"cepat-cepat aku menyangkal tuduhan Puteri Balkis yang terlalu tak masuk akal.

"kau ni memang stone la Hana.Kalau aku jadi kau,kena langgar seratus kali dengan Si Iskandar pun aku sanggup"kata Puteri Balkis dengan gaya mengada-ngada.. Ah sudah si Balkis ni sudah tukar jadi spesis ulat bul-bul dah..

"Dah lar ensem,tinggi,macho,putih,anak businessman yang terkenal pulak tu.Beruntung sape yang jadi awek dia..Oh,Muhammad Iskandar Haqiem Bin Dato Kamal"Puteri Balkis terus menyambung kata-katanya apabila melihat Hana buat dunno(tak tahu) saja.

Pada masa yang sama,Hana seolah-olah tidak percaya dengan apa yang berlaku dihadapan matanya.
"Alamak,takkan kawan aku ni dah kena panah dengan si cupid kut sampai sebut nama penuh mamat sengal a.k.a mangkuk tingkat cap ayam itu.
Risau Hana Humaira melihat keletah BFFnya..

"Rileks lar bro." Aufal Ameen berusaha untuk menenangkan lelaki kacak merangkap sahabat baiknya yang hampir 'meletup' gara-gara kejadian yang berlaku tadi.

"Huh!!" Iskandar mendengus kasar "macam mana aku nak rileks,sesuka hati hati die aje sembur (marah) aku kat depan public tadi."teringat Iskandar tentang kejadian accident beberapa jam lau yang membuatkan hatinya terbakar sampai sekarang.

"Harap muka aje yang cumil tapi bahasa dan sikapnya hanya Allah saja yang tahu.Tak padan dengan perempuan...Kutuk Iskandar Haqiem tapi dalam hati saja.

"Ah! sudah,tadi kau punya lar hangin (marah) sekarang berangan pulak,ape kau dah tangkap cintan dengan muslimah brutal tadi tu ke?"sakat Aufal Ameen bersahaja..Eh,dan (sempat) lagi dia menggelar Hana Humaira sebagai 'muslimah brutal'... Isk-ish,memang tepat sangat-sangat... kih kih kih